Monday, August 25, 2014

Cadangan

Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dilakukan bagi meningkatkan kesedaran belia kini untuk mencontohi serta mendalami akhlak Rasulullah. Antara Aktiviti yang boleh dilakukan adalah:


  • Mengadakan ceramah di sekolah serta pusat pengajian tinggi

  • Mengadakan bulan cinta rasul di sekolah-sekolah

  • Mengadakan sambutan Maulidur Rasul di setiap tahun

  • Meletakkan poster mengenai Akhlak Rasulullah di papan-papan iklan

  • Mengadakan pertandingan seperti "explorace" dan bahan aktivitinya berkaitan info mengenai Rasulullah
  • Mengadakan umrah dgn melawat tempat-tempat sejarah Islam
Berikut merupakan antara cadangan yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kesedaran serta pengetahuan mengenai akhlak rasulullah.


Saturday, August 16, 2014

PAUTAN



  • Surat Khabar

Halaqah

  • Akhlak Mulia Membentuk Peribadi (September 2003)


  • Mencontohi Akhlak Untuk Kehidupan Yang Tenang (Febuari 2009)

Harian Metro

  • Kejayaan bermula dari Akhlak Yang Baik (Mei 2007)

RUJUKAN

  • http://arieskur.wordpress.com/2011/01/12/toleransi-beragama-pada-zaman-rasululloh/

  • http://langkahmindapositif.com/2010/06/25/akhlak-rasulullah-saw-muhammad-bin-abdullah/

  • http://islamiwiki.blogspot.com/2014/02/penjelasan-sikap-toleransi-beragama.html#.U-hrn-OSzt4

  • Buku Teks Agama Islam Tingkatan 4
           Penulis: Fauziah Binti Haji Muhammad Ramli & Aminah bt Idris

  • Buku Teks Agama Islam Tingkatan 5
           Penulis: Mohd Zaini Bin Yahya, Zamri bin Abdul Rahman & Afandibbim Sahi

Friday, August 15, 2014

RUMUSAN



    Demikianlah sedikit gambaran umum yang ingin dikongsi penulis berkaitan dengan akhlak Rasulullah dan sahabat dalam penyebaran Islam. Akhlak didalam Islam adalah sebagai aset penting kepada dunia dan masyarakat manusia. Objektif Islam diturunkan sebagai rahmatan li al-alamin sebenarnya tidak akan tercapai jika akhlak Islam tidak dipraktikkan. Gambaran keindahan Islam itu mustahil akan menyinari alam jika tidak dicerminkan oleh para penganutnya. Sehubungan dengan itu, penulis mengharapkan topik ini tidak hanya terhenti di atas lembaran-lembaran kertas, namun ia terus dipanjangkan dan dapat dihayati dalam kehidupan sekarang.

   Perbahasan dan perbincangan mengenai akhlak sangatlah luas dalam dunia keilmuan Islam. Masa yang singkat ini pastinya membataskan perbincangan tersebut. Namun, usaha dan semangat yang berterusan yang lahir dari kecintaan terhadap Allah SWT dan Rasulullah s.a.w pastinya akan menuntut kita untuk mengkaji, mendalami, seterusnya menghayati Islam dalam kehidupan seharian.

       Di sinilah kita memasak cita, menyemat azam, dan membidik sasar. Nun di sana, kita mengharapkan lahirnya generasi Islam yang unggul sehingga dunia menyaksikan inilah dia tamsilan generasi salaf al-soleh. Generasi yang ditunggu-tunggu untuk unremarkable kembali dunia dengan Islam. Membersihkan dunia dari kekotoran-kekotoran dan anasir jahiliah yang memundurkan tamadun umat sekali gus memimpin masyarakat dunia ke arah kesejahteraan dunia dan akhirat.