Friday, August 15, 2014

ISI KEDUA

   


     Kisah yang kedua yang menunjukkan akhlak Rasulullah dan sahabat ialah bersikap rasional dan sentiasa bersabar dengan apa pun keadaan yang dihadapinya. Sikap rasional ini amat penting kerana menunjukkan seseorang itu matang dan boleh memikir dengan baik ketika melakukan sesuatu. Begitu juga bersabar, sabar adalah separuh daripada iman. Orang yang sentiasa mendapat dugaan ALLAH SWT adalah kerana ingin menguji sejauh mana kesabaran seseorang itu.


          Sebuah contoh luar biasa tentang toleransi dan pengampunan adalah seperti yang di perlihatkan oleh Rasulullah saw:

Suatu ketika Rasulullah saw membeli unta daripada seorang badui yang dituar dengan sekitar 90 kil kurma kering. Ketika Rasulullah saw sampai di rumah, ia menemukan bahawa semua kurma telah hilang. Dengan penuh kejujuran dan kesederhanaan, beliau mendatangi orang Badui tersebut dan berterus terang padanya, "Wahai hamba Allah! Saya telah membeli unta dengan ditukar dengan kurma kering dan saya merasa bahawa saya memiliki kurma yang banyak tetapi ketika saya sampai di rumah, saya sedar bahawa saya tidak memiliki kurma yang banyak. Orang Badui itu berkata "Dasar penipu!" Orang-orang mulai memberitahu Badui untuk berbicara seperti itu terhadap Rasulullah saw, tetapi Rasulullah saw bersabda "Biarkan dia".


          Demikian lah sikap Rasulullah saw terhadap orang yang kasar dengannya. Sememangnya orang sebegitu tidak perlu dibalas katanya kerana ia akan menimbulkan pergaduhan antara manusia dan apabila syaitan melihat keadaan itu mereka akan suka dan bergembira. Maka kita sebagai manusia haruslah sentiasa bersikap yang positif dan bersabar apa jua keadaan.


















 

No comments:

Post a Comment