Friday, August 15, 2014

ISI KETIGA

 

           Kisah yang ketiga ini adalah menunjukkan Rasulullah saw adalah seorang yang penyayang dan belas kasihan kepada manusia. Kita sebagai umatnya seharusnya mencontohi akhlak yang baik ini. Tidak sia sia jika kita mengamalkannya kerana ia akan memberi kita ketenangan.

Sebuah contoh kisah Rasulullah saw seorang yang penyayang dan belas kasihan:

         Setelah mendapat tugas kenabian, Nabi Muhammad saw menjalankan usaha dakwaah di Mekah selama 9 tahun dan terus berusaha demi petunjuk dan islah kaum baginda. Di kalangan orang yang menolong Baginda terdapat  hanya segolongan kecil daripada mereka yang telah menerima islam serta segelintir oranng masih belum memeluk islam. Kebanyakan orang kafir Mekah berusaha sedaya upaya untuk menyusahkan dan mempersendakan  Baginda serta para sahabat r.a dengan berbagai-bagai cara tanpa melepaskan sebarang peluang yang ada.

         Selepas 10 tahun Baginda menjadi nabi, apabila Abu Talib iaitu bapa saudara baginda meninggal dunia, orang kafir pun mendapat lebih banyak peluang untuk menghalang penyebaran Islam dan menyeksa orang Islam dengan berbagai-bagai cara secara terbuka. Nabi Muhammad saw telah pergi ke taif dengan anggapan bahawa di sana ada kabilah Thaqif yang ramai bilangannya. Sekiranya kabilah tersebut memeluk Islam maka kaum muslimin di Mekah akan mendapat keselamatan daripada segala kesusahan tersebut dan Taif akan menjadi pusat penyebaran Islam

        Setelah tiba di sana , Baginda SAW telah berbicara dengan tiga pembesar yang dianggap tinggi darjatnya. Baginda menyeru mereka kepada agama Allah SWT dan berusaha menarik perhatian mereka untuk membantunya. Walaubagaimanapun , mereka bukan sahaja menolak agama Allah SWT malah mereka menjawab secara kasar dan tidak berakhlak sama sekali. Sekurang-kurangnya mereka hendaklah melayan tetamu yang baru datang dengan baik . Mereka tidak rela Nabi Muhammad saw tinggal di sana. Nabi saw sentiasa bersangka baik terhadap pembesar tersebut adalah seorang yang baik dan bercakap dengan sopan tetapi salah seorang daripada mereka berkata "Hoi! Engkaukah orangnya yang Allah SWT hantar sebagai nabi?"orang yang kedua pula berkata "Tiadakah orang lain daripada kamu yang Allah SWT temui untuk diutuskan sebagai nabi ?" maka orang ketika pula berkata "Aku tidak ingin bercakap dengan kamu.kerana kalaulah kamu sememangnya nabi sebagaimana didakwa maka mengingkari percakapanmu mendatangkan dustakan musibah dan sekiranya kamu seorang pendusta, aku tidak ingin bercakap dengan orang seumpama itu"

        Apabila Nabi Muhammad saw tiada menaruh harapan lagi terhadap pembesar-pembesar itu, Baginda saw cuba bercakap-cakap dengan orang lain pula kerana baginda adalah seorang yang berhemah dan kecekalan seumpama gunung. Malangnya tiada siapa yang mahu menerima . Bukan sahaja tidak menerima bahkan mereka berkata " keluarlah dari bandar kami ini dengan serta merta  Pergilah ke mana-mana yang kamu suka."

       Maka dengan tidak menaruh harapan lagi baginda melangkah untuk pulang. Mereka telah menghantar budak -budak untuk mengejar,mengejek,mempersendakan dan melontari kedua-dua kasut baginda saw dilumuri dengan darah yang mengalir. Dalam keadaan itulah Nabi Muhammad saw pulang dan sudah selamat daripada pengacau-pengacau , baginda SAW berdoa

"Ya ALLAH, kepadaMu aku mengadu kelemahanku kekurangan daya upayaku dan kehinaanku pada pandangan manusia. Engkaulah tuhan  orang yang ditindas . Engkaulah Tuhanku. Kpeada siapakah Engkau menyerahkan diriku ini. kepada orang asing  yang akan menyerang aku atau kepada musuh yang menguasai aku ? Sekiranya Engkau tidak murka kepadaku maka aku tdak peduli. Namun, afiatMu sudah cukup buatku. aku berlindung dengan Nur wajahMU yang menerangai segala kegelapan dan teratur di atas nur itu urusan dunia dan akhirat, daripada Engkau menurunkan kemarahanMu kepadaku atau Engkau murka kepadaku. KepadaMulah aku tetap merayu sehingga Engkau reda.tiada sebarang daya(untuk melakukan kebaikan) dan tiada upaya (untuk meninggalkan kejahatan) kecualii dengan petunjukMu"

         Demikianlah sedihnya doa yang dihadapi kepada Allah s.w.t. oleh Baginda s.a.w sehingga Allah s.w.t. mengutuskan Malaikat Jibrail buat menemui Baginda s.a.w. Setibanya dihadapan Nabi Muhammad s.a.w. diapun memberi salam seraya berkata:" Allah s.w.t.. mengetahui apa yang telah berlaku diantara kamu dan orang-orang ini. Allah s.w.t. telah menyediakan malaikat digunung ganang disini khas untuk menjalankan sebarang perintah kamu."
 Sambil berkata demikian Jibrail menghadapkan malaikat itu dimuka Baginda s.a.w Kata Malaikat ini:"Wahai Rasulullah, saya bersiap sedia untuk menjalankan perintah Tuan. Kalau dikehendaki, saya sanggup menyebabkan gunung-gunung disebelah menyebelah kota ini berlanggaran sehingga penduduk-penduduk dikedua-dua belah mati tertindih. Kalau tidak, Tuan cadangkan apa saja hukuman yang selayaknya diterima oleh orang-orang ini".
 Mendengar janji-janji Malaikat itu, Nabi Muhammad s.a.w. yang penuh dengan sifat rahim dan belas kasihan pun berkata:"Walaupun orang-orang ini tidak menerima Islam, saya harap dengan kehendak Allah s.w.t., yang anak-anak mereka, pada satu masa nanti, akan menyembah Allah s.w.t.. dan berbakti kepadaNya." 

         Sekarang perhatikanlah tauladan mulia dan suci murni yang telah dipertunjukkan oleh Baginda s.a.w. Kita semua mengakui yang kita menjadi pengikut-pengikutNya, tetapi dalam urusan hidup kita sehari-sehari,apabila cadangan kita ditolak atau tidak dipersetujui maka kita dengan lekasnya melemparkan maki hamun dan terkadang-kadang bercita-cita hendak membalas dendam terhadap mereka yang tidak bersetuju dengan kita.Sebagai pengikut-pengikutnya kita hendahlah mencontohi Baginda s.a.w. Selepas menerima penghinaa ditangan penduduk-penduduk Kota Taif, Baginda s.a.w hanya berdoa. Baginda s.a.w. tidak memarahi mereka,tidak mengutuk mereka dan tidak mengambil sebarang tindakan balas walaupun diberi kesempatan sebaik-baiknya untuk membuat demikian.


No comments:

Post a Comment