Friday, August 15, 2014

PENGENALAN




        Assalamualaikum dan selamat sejahtera , bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih 
 memberi kami peluang untuk bernafas sampai kini , yang sentiasa memberi kami peluang untuk melaksanakan tanggungjawab di dunia ini. Sememangnya kami ingin memberi penerangan serba sedikit tentang akhlak Rasulullah SAW dan sahabat dalam konsep toleransi beragama.


        Manusia adalah makhluk Allah SWT yang teristimewa yang memiliki tabiat dan mentaliti yang mempengaruhi amalan dan tingkah lakunya , maka keperibadian inilah yang menjadi perbicaraan dan perbincangan yang utama dalam akhlak.


        Memang tidak dapat disangkalkan lagi bahawa akhlak merupakan nadi utama dalam 
pembangunan manusia. Setiap tamadun umat malaysia dari dahulu sehingga kini ianya terbina dari asas akhlak ataupun dikenali sebagai tamadun kemanusian, iaitu asas yang membina tamadun tersebut di luar kuasa kebendaan. Walau bagaimanapun, Islam mempunyai persepsinya yang tersendiri dan memiliki asas akhlaknya dan asas tamadun yang tersendiri.


        Dalam Islam yang berkaitan dengan akhlak, sememangnya sebagai umat Islam harus mengikut akhlak yang ditonjolkan oleh Rasulullah SAW sepertimana cara Rasulullah berdakwah, cara Rasulullah berkomunikasi dengan manusia, tidak lupa juga cara Rasulullah memberi layanan terhadap semua hamba Allah SWT. Hal ini demikian, saya akan membawakan kisah-kisah akhlak Rasulullah SAW dan Sahabat baginda .



           


No comments:

Post a Comment