Friday, August 15, 2014

ISI PERTAMA

           Antara kisah yang pertama yang saya ingin kongsikan ialah akhlak Rasulullah SAW iaitu baginda menghormati jenazah yahudi walaupun mereka bukan yang tergolong dalam umat Islam. Sememangnya sikap menghormati amat lah untuk sentiasa bertoleransi dalam beragama dan akan memudahkan urusan baginda dalam menarik orang orang yahudi memeluk Islam . Hal ini menunjukkan Islam adalah agama Islam amat mementingkan akhlak yang baik tidak kira terhadap orang Islam mahupun orang bukan Islam.

           Situasi iaitu sahabat Rasulullah memprotes baginda ketika berdiri sebagai penghormatan jenazah yahudi.
"Wahai Rasulullah tapi dia orang yahudi?" Rasulullah menjawab "bukankah dia manusia seperti kita?" Bahkan dilain kesempatan ketika Rasulullah ditana tentang memberi bantuan kepada bukan Islam "Apakah kami boleh memberikan bantuan kepada orang-orang Yahudi?" tanya sahabat kepada Rasulullah saw. "Boleh, kerana mereka juga makhluk Allah SWT dan jangan bimbang kerana Allah akan menerima sedekah kita" jawab Rasulullah SAW  sambil bangga atas insiatif sahabatnya.

"Bukankah dia seorang manusia?"
Kata ini sangat penting kerana darinya kita membangun konsep hubungan antara manusia . Saling menghargai, menghormati dan menumbuhkan pengertian. Di atas bangunan kata itu tidak ada lagi KAMI dan MEREKA. Yang ada kita ialah "manusia". Namun, hilang segala penghalang yang biasanya membatasi hubungan kita dengan orang-orang yang berbeza agama, budaya , status sosial dan sebagainya.

 "Bukankah dia seorang manusia?"
Inilah adalah kata yang melanggar segala keadaan yang ada, yang mengembangkan sikap toleransi dalam hati kita agar secara adil menghadapi manusia tanpa memandang siapa dia, termasuk agamanya apa. Sejak kini bahkan Rasul junjungan telah mencontohkan itu dalam hidupnya.


          Seorang yahudi yang setiap hari melemparkan kotoran , mencaci dan menyakiti kepada Rasulullah. Terkejut matanya kerana orang yang pertama menjenguknya saat dia sakit adalah orang yang dia benci. Oleh itulah yahudi tersebut bergetar hatinya berkata "Demi Allah, budi pekertimu sungguh mencerminkan akhlak para nabi. Maka, aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah dan engkau adalah utusan ALLAH".

  "Bukankah dia seorang manusia?"
Kata inilah menjadi konsep bagaimana Rasulullah bergaul dengan orang yang berbeza, konsep tersebut terbukti bukan hanya manis di mulut tapi kosong dari perbuatan nyata. Maka lahirlah satu sikap indah untuk melapangkan dada orang berbeza bahkan sampai berbeza keyakinan.

 




No comments:

Post a Comment